Tuesday, July 27, 2010

Lagu Adik



Teringat lagu ini yang ku dendangkan sewaktu zaman kanak-kanak ku.

Bapa ku pulang dari kampung,

Bapa ku bawakan kereta,

Kereta kecil warna merah,

Boleh ku bawa buat dakwah.

Pon (9x)

Kerta kecil ku berbunyi,

Marilah ikhwah,

Mari naik,

Boleh ku bawa jumpa naqib.

Sunday, July 4, 2010

Player vs. Spectator


Assalamualaikum

Segala puji dipanjatkan kepada Allah Subhanahu Wataala, pemilik sekalian alam. Tidak lupa kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat yang telah mengorbankan segala-galanya untuk dakwah sehingga kita pada hari ini dapat merasai nikmat islam dan nikmat iman itu sendiri.

Dalam kesibukan dan kemeriahan demam Piala Dunia atau FIFA World Cup, satu fenomena yang saya dapat lihat berlaku pada kalian rijal ialah mereka sebelum ini meletakkan gambar bendera Palestin dan sebagainya di ‘Facebook’ untuk menyatakan ‘support’ mereka kepada warga gaza dan rombongan LL4G, tetapi apabila Piala Dunia bermula, mereka menukarkan gambar-gambar bendera Palestin kepada gambar jersey mereka untuk menyuarakan ‘support’ mereka kepada pasukan kegemaran mereka. Sekali lagi, Yahudi telah menang.

“Tidak sesekali akan redha kaum yahudi dan nasrani sehingga mana kamu mengikuti jejak langkah mereka”

Al-Baqarah 2:120

Tetapi tulisan saya pada kali ini bukanlah bagi membincangkan perkara di atas, ia adalah pemerhatian saya terhadap sukan bola sepak dan kaitannya dengan arena atau medan dakwah.

Seperti yang sedia maklum, pemain atau player bola sepak yang dibenarkan dalam sebarang permainan bola sepak hanyalah 11 orang sepasukan. Ini bermakna bilangan player di dalam padang hanyalah 22 orang. Tetapi tiada had yang ditentukan oleh mana-mana badan yang menghadkan bilangan penonton atau spectator dalam sesuatu permainan. Ia boleh bermula dari angka sifar ke sebarang angka yang berkenaan. Saya juga dapat melihat bahawa dalam berbilion spectator Piala Dunia, hanya segelintir sahaja yang dapat memenuhi tempat duduk di dalam stadium. Lalu wujudlah satu persoalan dalam minda saya ; mengapakah terdapat lebih ramai spectators daripada player? Adakah mungkin player melebihi spectator?

Eloklah jika pergi ke aspek spectator dahulu. Saya dapat bahagikan spectator kepada dua iatu spectator di rumah dan spectator di stadium. Dalam dunia dakwah ini pula saya dapat simpulkan terdapat tiga ‘P’ iaitu penyokong, penggerak dan pendokong. Sudah tuntu spectator di rumah merupakan bilangan yang paling banyak kerana dakwah juga memerlukan penyokongnya. Kerana itulah adalah wajib bagi setiap daie menjalankan amal dakwah kepada masyarakat dan menjaga hubungan baik bersama masyarakat ; tawaasul ijtimaie bagi meramaikan lagi spectator ini.

Kedua, spectator di stadium pula dapat saya klasifikasikan sebagai penggerak. Mereka ini merupakan golongan yang beruntung. Tidak ramai yang dapat atau sempat membeli tiket. Tempat juga adalah terhad. Mereka ini juga dapat saya ibaratkan seperti mereka yang telah berlabuh bersama dalam bahtera dakwah. Firman Allah SWT:

“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang telah dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah,”

Ali-Imran 3:110

Tetapi adakah mereka akan berterusan berada dalam toriq dakwah?

Player merupakan bilangan yang terkecil dalam penyelidikan ini. Walaupun sedikit tetapi kualiti yang ada pada mereka tiada tolak bandingnya. Golongan ini adalah golongan pondokong dakwah Nabi SAW. Mereka bermain di tengah masyarakat dan menjadi buah mulut dunia. Setiap mereka mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Daripada defendernya kepada strikernya, sistem yang digunapakai mereka sangatlah tersusun rapi. Golongan ini dijanjikan maqam syurga yang tertinggi di sisi Allah SWT dan mereka akan bersama para sahabat dan nabi di syurga kelak. Akan tetapi, mengapakah golongan ini merupakan golongan yang kecil dari sudut angka?

“Dan hendaklah ada di antara kamu ada segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan dan mereka menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Ali-Imran 3:104

Ayat ini sering dijadikan dalil bagi mereka yang ingin melepaskan diri daripada tuntutan berdakwah. Mereka menyatakan bahawa hanya perlu kepada segelintir yang berdakwah dan mereka berkata bahawa hokum berdakwah adalah fardhu kifayah. Jika ada orang lain yang telah melakukannya, mengapa perlu aku? Allah SWT menurunkan ayat ini bukannya bermaksud bahawa dakwah itu tidak wajib, tetapi melihatkan waqi’ yang sebenar yang berlaku. Memang realitinya hanya segelintir ummat yang berdakwah, tidak semuanya. Oleh itu, hanya golongan ini sahaja yang beruntung. Sesiapa yang tidak menjalankan tuntutan berdakwah, maka dia akan rugi.

Penulisan saya kali ini hanya merupakan analogi sukan bola sepak yang boleh digunakan untuk melihat scenario dakwah itu sendiri. Segala yang baik itu datanglah dari Allah, segala yang buruk datangnya dari diri saya sendiri, hakikatnya daripada Allah SWT. Wallahu a’lam.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More