Mungkin telah lambat untuk saya menulis tentang Valentine ’s Day yang jatuh pada tanggal 14 feb setiap tahun, tapi pada kali ini saya ingin menulis tentang kekasih sebenar yang kita sering terlepas pandang. Kekasih yang hari lahirnya akan datang tidak lama lagi. Kekasih yang telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Kekasih yang telah menempa nama sebagai manusia yang berada pada ranking pertama dalam ranking orang yang paling berpengaruh sepanjang sejarah dunia. Kekasih tersebut ialah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Kita akan memberikan sepenuh daya usaha kepada kekasih kita. Kita akan memberikannya hadiah; jambangan bunga, sms-sms cinta, masa, loket emas dan sebagainya. Itulah fitrah manusia; memberikan apa sahaja kepada yang tercinta. Persoalannya ialah apakah yang kita akan berikan kepada kekasih terunggul kita sempena sambutan kelahirannya (Maulid Nabi)? Adakah cukup sekadar kita berarak di ibu negara dan negeri dengan membawa sepanduk-sepanduk? Adakah cukup kita mengulangi cerita kelahiran Rasulullah SAW berulang kali?
Di sini saya dapat kongsikan beberapa tips yang boleh kita renungi dan diamalkan:
1. Berselawat ke atas Nabi SAW
Berselawat terutamanya apabila namanya disebut.
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
al-Ahzab : 56
Ù…َÙ†ْ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙŠَّ ÙˆَاØِدَØ©ً صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ عَØ´ِيرًا
“Sesiapa yang berselawat ke atasku, Allah akan berselawat (merahmati dan menggandakan pahala) ke atasnya sepuluh kali.”
Riwayat Muslim
2. Mendoakan Nabi SAW
Doakanlah Nabi di dalam doa selepas azan.
“Ya Allah Pemilik seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan, kurnialanlah kepada Nabi Muhammad SAW wasilah(kehormatan) dan kelebihan, bangkitkanlah baginda di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan, sesungguhnya Engkau benar-benar tidak memungkiri janji”
Doa selepas azan
3. Meneladani Nabi SAW
Orang sering mengatakan agar menjadikan Rasulullah ‘idol’. Ada sesetengah golongan yang menentang statement ini kerana ‘idol’ itu dianggap membawa maksud penyembahan kepada patung. Apapun, yang penting adalah kita jadikan Rasulullah teladan kita.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan(keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam Masa susah dan senang)”
al-Ahzab : 21
4. Mencintai Nabi SAW
Cinta kepada Nabi sepatutnya diletakkan di nombor kedua selepas cintakan Allah SWT.
لا يؤمن اØدكم Øتى اكون اØب إليه من ولده ووالده والناس اجمعين
“Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah saya dikasihinya berbanding anak, ibu bapanya, dan seluruh manusia.”
Muttafaq ‘alaih
5. Menghidupkan sunnah Nabi SAW
Sunnah Rasulullah SAW bukan sekadar cara berpakaian sahaja seperti menyimpan janggut dan memakai capal Nabi sehingga ada syarikat yang mempromosi produk mereka dengan cara ini, tetapi sunnah Rasulullah yang paling besar ialah berdakwah. Seluruh hidup Baginda SAW tidak terisi walaupun sedetik pun, sesaat pun, melainkan dengan dakwah.
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
Ali-Imran : 104
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”
al-Mulk : 2
Sesungguhnya sebaik-baik amal yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah dakwah.
Ambillah penghayatan yang sepenuhnya dalam Maulidur Rasul kali ini. Letakkanlah cita-cita kita agar dapat tergolong dalam golongan orang yang mendapat syafaat Nabi di hari kelak.