Saturday, August 21, 2010

Memperingati Detik Hitam 21 Ogos 1969

Al-Aqsa dibakar pada 21Ogos 1969

Kenapa dengan 21hb Ogos?

Tarikh 21 Ogos adalah satu detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun yang lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid al-Aqsa telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh penjenayah yang berasal dari Australia yang bernama Michael Dennis Rohan.

Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid al-Aqsa untuk membakar dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitul Maqdis selama sehari suntuk mengizinkan mereka untuk memadamkan api tersebut.

Adakah Michael Rohan bertindak bersendirian?

Tidak, sekali-kali tidak.

Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersedirian di dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut.

Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran tersebut telah ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Mahkamah Israel sememangnya sentiasa bersandiwara apabila memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan itu sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke Australia.

Michael Rohan pula dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran Talmud. Dia turut mendakwa bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang merupakan satu perintah dari tuhan.

Dinding Al-Aqsa yang roboh akibat pembinaan terowong

Apakah kesan pembakaran tersebut?

Pihak Zionis telah memulakan perancangan mereka terlebih awal dengan menutup saluran paip air menuju ke Masjid al-Aqsa agar agenda jahat itu berjaya membuahkan hasilnya yang maksimum. Tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut.

Tindakan biadap tersebut telah menyebabkan:

    1. Sebahagian besar Masjid al-Aqsa mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang. Kemusnahan tersebut melebihi sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi keluasan masjid.

    2. Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid turut hangus

    3. Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat al-Quran.

Al-Aqsa ditawan pada 1967

Apakah peranan O.I.C?

Pembakaran Masjid al-Aqsa telah mengundang aksi protes dari seluruh dunia Islam bermula dari Maghribi di barat sehinggalah ke Indonesia di timur.

Banyak pertemuan dan perundingan di peringkat regional dan internasional telah diadakan bagi menghentikan kemarahan umat Islam. PBB juga terpaksa mengadakan sidang tergempar dan telah mengeluarkan Resolusi 271 yang mengutuk Israel dan menyeru Israel agar menghentikan segala usaha yang bertujuan untuk merubah status Baitul Maqdis dan pengYahudian Masjid al-Aqsa.

Para pemimpin negara-negara Islam pula telah bergabung dan bersetuju untuk menubuhkan OIC ekoran dari kejadian pembakaran Masjid al-Aqsa tersebut. Mereka telah mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta telah menghasilkan beberapa resolusi bagi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid al-Aqsa. Namun sedihnya resolusi itu kesemuanya hanya tinggal sebagai resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan. OIC sebenarnya telah terbukti gagal di dalam mewakili umat Islam bagi menangani keselamatan dan kesucian Masjid al-Aqsa.

Zionis bekerja siang dan malam untuk mengusai Al-Aqsa

Telah berakhirkah ancaman terhadap Masjid al-Aqsa?

Kesan pahit dari pembakaran Masjid al-Aqsa pada 1969 masih terus dirasai oleh dunia Islam sehingga ke saat ini. Banyak lagi peristiwa jenayah yang dilakukan terhadap al-Aqsa, di antaranya:-

    1. 27 Januari 1982, sekelompok Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid al-Aqsa untuk membakarnya sekali lagi namun usaha mereka berjaya dipatahkan.

    2. 14 Januari 1989, beberapa orang anggota (parlimen) Knesset Israel telah masuk ke Masjid al-Aqsa dengan kawalan ketat pasukan rejim Zionis dan mereka telah membaca kitab-kitab suci agama Yahudi di dalam al-Aqsa.

    3. 28 September 2000, PM Israel Ariel Sharon, dengan kawalan ketenteraan yang ketat dari pasukan militari Zionis telah melakukan kunjungan ke Masjid al-Aqsa dan telah masuk ke dalam masjid itu. Dia telah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah hak bagi rakyat Israel untuk melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan tokoh pengganas Sabra dan Shatila ini telah menyebabkan tercetusnya Intifada al-Aqsa.

Kini, setelah 41 tahun pembakaran Masjid al-Aqsa, masih ada ribuan lagi pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa yang diberkati itu.

Sinagog Hover yang telah dirasmikan pada Mac 2010 bersebelahan dengan Al-Aqsa

Apakah lagi jenayah Zionis ke atas Masjid al-Aqsa?

Pihak Zionis telah bertungkus-lumus untuk mengYahudikan Masjid al-Aqsa sejak dari peristiwa An-Naksah (Malapetaka yang berulang) iaitu peristiwa penjajahan Baitul Maqdis Timur dan Masjid al-Aqsa pada 1967.

Banyak lagi, di antara jenayah projek pengYahudian al-Aqsa ialah:-

    1. Menghalang umat Islam dari menziarahi masjid ini dan memakmurkannya

    2. Menghalang usaha membaik-pulih Masjid al-Aqsa yang rosak

    3. Merampas Tembok Buraq yang merupakan sebahagian dari al-Aqsa

    4. Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid al-Aqsa

    5. Siri pengeboman secara terancang ke atas Masjid al-Aqsa

    6. Siri pembunuhan umat Islam di Masjid al-Aqsa

    7. Penggalian terowong yang besar lagi panjang di bawah masjid ini

    8. Mengubah identiti Islam dan Arab kepada identiti Yahudi di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa

    9. Pembinaan Sinagog Hover bersebelahan dengan al-Aqsa dll

Sudah terlalu banyak jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Masjid al-Aqsa yang merupakan jantung hati umat Islam. Al-Aqsa adalah qiblat yang pertama umat, masjid yang ketiga suci serta bumi Isra’ dan Mi’raj, Masjid al-Aqsa mesti diselamatkan dari kemusnahan dan kehancuran oleh tangan-tangan pengganas rejim Zionis dan pelampau Yahudi.

Apa yang telah dan sedang berlaku terhadap al-Aqsa merupakan sesuatu yang sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan umat Islam dari terus lena dalam buaian mimpi.

Al-Aqsa, jantung hati umat Islam

Apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan al-Aqsa?

Sebenarnya banyak langkah praktikal yang boleh kita lakukan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah

    1. Bermula dengan diri kita dengan mengenali sejarah Palestin serta kepentingan Masjid al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam.

    2. Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin dan al-Aqsa serta menyebarkan kesedaran tentang status sebenar al-Aqsa kepada mereka dengan apa jua cara.

    3. Menganjurkan program berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ataupun pada Hari al-Aqsa Sedunia pada 21hb Ogos di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain serta melibatkan pihak media.

    4. Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.

    5. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.

    6. Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, kemanusiaan dan keadilan sejagat.

    7. Melonjakkan isu ini ke persada internasional kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.

    8. Berdoa kepada Allah swt agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.

Jom… kita bertindak segera secara berterusan dan sistematik demi masa depan al-Aqsa. Sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita berganding bahu dan mengorak langkah ke hadapan bagi memperjuangkan kemuliaan al-Aqsa yang tercinta……

Semoga kita bertemu di Masjid al-Aqsa…

Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
Naib YDP ISMA Cawangan Seremban.

* Beliau juga adalah merupakan Perunding Aman Palestin.

Dipetik daripada ismaweb.net

Tuesday, July 27, 2010

Lagu Adik



Teringat lagu ini yang ku dendangkan sewaktu zaman kanak-kanak ku.

Bapa ku pulang dari kampung,

Bapa ku bawakan kereta,

Kereta kecil warna merah,

Boleh ku bawa buat dakwah.

Pon (9x)

Kerta kecil ku berbunyi,

Marilah ikhwah,

Mari naik,

Boleh ku bawa jumpa naqib.

Sunday, July 4, 2010

Player vs. Spectator


Assalamualaikum

Segala puji dipanjatkan kepada Allah Subhanahu Wataala, pemilik sekalian alam. Tidak lupa kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat yang telah mengorbankan segala-galanya untuk dakwah sehingga kita pada hari ini dapat merasai nikmat islam dan nikmat iman itu sendiri.

Dalam kesibukan dan kemeriahan demam Piala Dunia atau FIFA World Cup, satu fenomena yang saya dapat lihat berlaku pada kalian rijal ialah mereka sebelum ini meletakkan gambar bendera Palestin dan sebagainya di ‘Facebook’ untuk menyatakan ‘support’ mereka kepada warga gaza dan rombongan LL4G, tetapi apabila Piala Dunia bermula, mereka menukarkan gambar-gambar bendera Palestin kepada gambar jersey mereka untuk menyuarakan ‘support’ mereka kepada pasukan kegemaran mereka. Sekali lagi, Yahudi telah menang.

“Tidak sesekali akan redha kaum yahudi dan nasrani sehingga mana kamu mengikuti jejak langkah mereka”

Al-Baqarah 2:120

Tetapi tulisan saya pada kali ini bukanlah bagi membincangkan perkara di atas, ia adalah pemerhatian saya terhadap sukan bola sepak dan kaitannya dengan arena atau medan dakwah.

Seperti yang sedia maklum, pemain atau player bola sepak yang dibenarkan dalam sebarang permainan bola sepak hanyalah 11 orang sepasukan. Ini bermakna bilangan player di dalam padang hanyalah 22 orang. Tetapi tiada had yang ditentukan oleh mana-mana badan yang menghadkan bilangan penonton atau spectator dalam sesuatu permainan. Ia boleh bermula dari angka sifar ke sebarang angka yang berkenaan. Saya juga dapat melihat bahawa dalam berbilion spectator Piala Dunia, hanya segelintir sahaja yang dapat memenuhi tempat duduk di dalam stadium. Lalu wujudlah satu persoalan dalam minda saya ; mengapakah terdapat lebih ramai spectators daripada player? Adakah mungkin player melebihi spectator?

Eloklah jika pergi ke aspek spectator dahulu. Saya dapat bahagikan spectator kepada dua iatu spectator di rumah dan spectator di stadium. Dalam dunia dakwah ini pula saya dapat simpulkan terdapat tiga ‘P’ iaitu penyokong, penggerak dan pendokong. Sudah tuntu spectator di rumah merupakan bilangan yang paling banyak kerana dakwah juga memerlukan penyokongnya. Kerana itulah adalah wajib bagi setiap daie menjalankan amal dakwah kepada masyarakat dan menjaga hubungan baik bersama masyarakat ; tawaasul ijtimaie bagi meramaikan lagi spectator ini.

Kedua, spectator di stadium pula dapat saya klasifikasikan sebagai penggerak. Mereka ini merupakan golongan yang beruntung. Tidak ramai yang dapat atau sempat membeli tiket. Tempat juga adalah terhad. Mereka ini juga dapat saya ibaratkan seperti mereka yang telah berlabuh bersama dalam bahtera dakwah. Firman Allah SWT:

“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang telah dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah,”

Ali-Imran 3:110

Tetapi adakah mereka akan berterusan berada dalam toriq dakwah?

Player merupakan bilangan yang terkecil dalam penyelidikan ini. Walaupun sedikit tetapi kualiti yang ada pada mereka tiada tolak bandingnya. Golongan ini adalah golongan pondokong dakwah Nabi SAW. Mereka bermain di tengah masyarakat dan menjadi buah mulut dunia. Setiap mereka mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Daripada defendernya kepada strikernya, sistem yang digunapakai mereka sangatlah tersusun rapi. Golongan ini dijanjikan maqam syurga yang tertinggi di sisi Allah SWT dan mereka akan bersama para sahabat dan nabi di syurga kelak. Akan tetapi, mengapakah golongan ini merupakan golongan yang kecil dari sudut angka?

“Dan hendaklah ada di antara kamu ada segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan dan mereka menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Ali-Imran 3:104

Ayat ini sering dijadikan dalil bagi mereka yang ingin melepaskan diri daripada tuntutan berdakwah. Mereka menyatakan bahawa hanya perlu kepada segelintir yang berdakwah dan mereka berkata bahawa hokum berdakwah adalah fardhu kifayah. Jika ada orang lain yang telah melakukannya, mengapa perlu aku? Allah SWT menurunkan ayat ini bukannya bermaksud bahawa dakwah itu tidak wajib, tetapi melihatkan waqi’ yang sebenar yang berlaku. Memang realitinya hanya segelintir ummat yang berdakwah, tidak semuanya. Oleh itu, hanya golongan ini sahaja yang beruntung. Sesiapa yang tidak menjalankan tuntutan berdakwah, maka dia akan rugi.

Penulisan saya kali ini hanya merupakan analogi sukan bola sepak yang boleh digunakan untuk melihat scenario dakwah itu sendiri. Segala yang baik itu datanglah dari Allah, segala yang buruk datangnya dari diri saya sendiri, hakikatnya daripada Allah SWT. Wallahu a’lam.

Monday, May 17, 2010

Wajah Baru BATUBATAISLAM


Assalamualaikum,

Mempersembahkan wajah baru blog saya. Insya-allah dengan wajah baru ini, saya akan memulakan azam baru untuk lebih istiqomah dalam meng'update' blog saya ini kerana sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang walaupun sedikit, tetapi tetap istiqomah dalam menjalankan amal tersebut.

ان الله تعالى طيب لا يقبل الا طيبا
"Sesungguhnya Allah itu cantik, (Allah) tidak menerima melainkan yang baik-baik (sahaja)"
Hadits Nabi SAW

Sunday, May 16, 2010

Blog Under Construction


Untuk melihat post-post saya, sila click pada tajuk post, bukannya pada gambar. Harap maklum.

Thursday, March 4, 2010

KEM REMAJA MUSLIM 2010

Assalamualaikum,

Kekuatan tubuh badan merupakan suatu tuntutan ke atas setiap muslim. Allah amat menyukai hamba-hambanya yang sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan. Rasulullah SAW pernah bersabda:

Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”

Apatah lagi bagi golongan remaja, kecergasan tubuh badan merupakan aset yang amat penting, selari dengan kesegaran minda dan kecerdasan akal yang dimiliki pada usia muda. KRIM amat menitik-beratkan faktor kecergasan tubuh badan dalam usaha untuk memplopori pembentukan generasi harapan yang akan memimpin agama, negara dan bangsa pada masa hadapan. Bagi merealisasikan matlamat ini, KRIM Gombak akan menganjurkan KEM REMAJA MUSLIM 2010 yang bertemakan “rejuvenate body, revitalise energy, rekindle iman”


Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar menanti anda; Indoor & outdoor, jungle trekking, team building, motivational talk, campfire dan banyak lagi!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Saudara Afiq: 013-5852584

Saudari Maznah: 014-5402190

Ayuh sertai kami di KEM REMAJA MUSLIM 2010!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More