Friday, February 5, 2010

Di Sebalik Nama

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan sa

lam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya, kaum kerabatnya, sahabatnya dan para daie yang telah berjuang di atas jalanNya. Pertamanya dan untuk selama-lamanya, kita ucapkan tahmid kerana masih dapat membaca cetusan minda, pemikiran dan fikrah saya ini.


Apabila berbicara mengenai binaan, sudah tentu perkara pertama yang terlintas dalam minda kita adalah bagaimana sebuah binaan itu dapat tertegak dengan stabilnya, dengan ampuhnya, dengan kukuhnya dan dengan tingginya? Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-or

ang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh

as-Soff : 4

Sudah tentu jawapan bagi persoalan di atas ialah asas (foundation) yang kukuh. Tulisan saya kali ini bukanlah ingin merungkilkan foundation islam, tetapi lebih berfokus kepada peringkat kedua kekuatan sebuah binaan iaitu batu batanya sepertimana saya menamakan blog ini dengan batubataislam.

Proses penghasilan batu bata


1. Pemilihan tanah yang berkualiti.

Tanah liat selalunya dijadikan bahan mentah bagi batu bata. Kualiti tanah liat yang berbeza dengan tanah lain dari segi kekuatannya dan ketumpatannya dipilih. Daripada tanah liat yang berkualiti inilah dipilih lagi yang lebih berkualiti bagi menghasilkan batu bata yang lebih mahal harganya dan kualitinya. Begitulah peringkat dakwah, peringkat taa’rif yang dikatakan oleh Hasan al-Banna. Daripada berb

ilion umat islam yang hidup di muka bumi ini, hanya segelintir yang dipilih untuk mengikuti dakwah ini dan daripada segelintir itu, hanya segelintir kecil yang dipilih oleh Allah SWT untuk memimpin dan mendokong dakwah ini. Golongan inilah yang paling berkualiti.

2. Pengasingan tanah daripada bendasing

Segala bendasing yang tidak diingini seperti batu kerikil disingkirkan daripada tanah yang telah dipilih tadi. Bendasing-bendasing ini akan merosakkan kekuatan batu bata itu kelak.dakwah juga perlu dibersihkan daripada ‘bendasing’ tersebut. Sifat-sifat mazmumah harus dijauhi. Dunia baru dikejutkan dengan pandemic virus H1N1. Tetapi ter

dapat virus yang lebih berbahaya daripada itu; virus-virus dakwah dan ukhuwwah - tamak akan kenikmatan dunia, sering membantah dan lain-lain.

“Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dengan yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib.”

Ali lmran : 179


3. Dimampatkan ke dalam acuan

Setelah kedua-dua proses telah selesai, tanah yang baik itu dimasukkan ke dalam acuan yang selalunya berbentuk cuboid. Setiap gumpalan tanah perlu ada acuannya. Diampatkan semampat-mampatnya sehingga tanah tersebut berbentuk seperti acuannya. Proses ini merupakan analogi kepada usrah dan amal jamaie. Setelah mendapat madu yang telah mengharungi proses-proses sebelumnya, madu ini perlu kapada suatu usrah. Acua

nnya adalah aqidah, ibadah, akhlak, fikrah dan amal islami. Setiap orang yang ingin membawa risalah islam perlulah mempunyai satu jamaah at

au organisasi. Ini adalah fitrah semulajadi manusia.

“Barokah itu terletak pada jamaah (organisasi)”

Hadits Nabi SAW


4. Dibakar

Pembakaran tanah liat ini dijalankan pada suhu yang amat tinggi sehingga mencecah ribuan darjah celcius. Pembakaran ini akan menghasilkan batu bata yang keras, dapat menanggung bebanan dan daya yang kuat dan tidak larut kepada. Tetapi dalam proses ini terdapat juga tanah yang tidak dapat menjadi keras, malahan menjadi l

embik, rapuh,pecah, retak dan tidak dapat mengekalkan bentuknya. Perumpamaan ini amat sesuai digunakan dengan merujuk kepada haqiqat dakwah. Ada yang dapat meneruskan dakwah, menjadi lebih kuat dikala ujian dengan istiqomah mereka dalam manhaj islam dan iltizam mereka un

tuk jamaah, ada yang gugur kerana tidak dapat tahan

dengan bakaran (ujian) di sepanjang jalan dakwah. Dakwah ini tidak dihamparkan dengan ‘red carpet, tetapi dihampar dengan onar dan duri.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mere

ka dibiarkan saja mengatakan: "K

ami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”

Al-Ankabut : 1-3


Kesudahan

Bata bata yang terhasil pula akan digunakan untuk membina sebuah bangunan. Batu bata tersebut akan disusun dengan rapi bersebelahan antara satu sama lain dan dibancuh simen di at

asnya. Bata bata inilah yang akan menjadi asas kepada binaan tersebut. Jika batu bata yang digunakan tidak cukup kuat, maka binaan tersebut juga tidak akan kuat dan mudah retak, langsungkan roboh. Bangunan tersebut merupakan islam, simen itu merupakan peng

ikat hubungan ukhuwwah, tsiqah dan saling mencintai sesama

ikhwah, dan kita adalah batu batanya.


Sudahkah anda menjadi batu bata tersebut?

3 comments:

emir.abu.khalil said...

bahasa orang-orang sains....

Hafiz 9'13 said...

Alhamdullilah... Semoga dengan tadhiyyah yang telah dibuat dapat membina batu bata islam yang kukuh. Insyaallah...

syukri said...

assalamualaikum
patutla lame mendiamkan diri...
tahniah atas usaha2 kau
bagus betul la kau azfar!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More